Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Allah menyukai bersin dan membenci menguap.
Sebab itu apabila seorang dari kamu bersin hendaklah
mengucapkan; "Alhamdulillah" (Segala Puji Bagi Allah)
dan setiap muslim yang mendengarnya perlu membaca :
"Yarhamukallah" ( Semoga Allah Merahmati Kamu) sebagai jawapan.
Menguap adalah datang dari syaitan. Sebab itu
apabila seorang dari kamu menguap,
hendaklah dia menahannya kerana ketika
seorang dari kamu menguap syaitan akan
ketawa kepadanya.
(HR Bukhari)