Pages

Tuesday, October 4, 2011

Musim Tengkujuh

Kebiasaannya musim ini dikaitkan dengan cuaca hujan yang sering berlaku di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Setiap tahun sepanjang bulan oktober sehingga disember pantai timur ini dilimpahi dengan hujan.

Bagi kanak-kanak, musim ini merupakan satu pesta air yang sungguh menarik. Apakan tidaknya, setiap kali tibanya musim ini semestinya kita akan melihat gelagat mereka samada didepan mata mahupun di kaca televisyen.

Dari sudut pandangan ekonomi pula jelas sekali pendapatan nelayan akan terjejas sama sekali. Laut yang bergelora diiringi hujan lebat menyukarkan nelayan untuk turun ke laut yang amat bahaya.

Jadi, kita patut bersyukur dengan kejadian yang diturunkan oleh Allah. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.

P/s: awasi kanak-kanak semasa musim tengkujuh ini.. ;)